Sup Kari Kubis Bunga
June 19, 2017
Puding Susu Buah Pelaga
June 19, 2017
Sup Kari Kubis Bunga
June 19, 2017
Puding Susu Buah Pelaga
June 19, 2017

Telur Nog

Picture by BBC

[vc_row][vc_column width=”1/6″ offset=”vc_hidden-sm vc_hidden-xs”][/vc_column][vc_column offset=”vc_col-lg-8 vc_col-md-8″][vc_column_text]

Raikan musim perayaan dengan hidangan klasik Krismas ini, yang diperbuat hanya menggunakan susu yang segar!

[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_column_text]Bahan-bahan:

  • 6 biji telur bersaiz sederhana (sebaik-baiknya organik dan sesegar yang mungkin), dipisahkan
  • 150g gula kastor perang
  • Susu 500ml
  • Krim berganda 400ml
  • 350ml rum, bourbon atau campuran kedua-duanya, bergantung pada pilihan anda
  • Buah pala yang diparut segar, secukup rasa

[/vc_column_text][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_column_text]Cara-cara:

  1. Pukul kuning telur di dalam mangkuk dengan 100g / 3 ½ oz gula kastor sehingga adunan menjadi kuning pucat dan tebal (lebih sesuai jika dilakukan dengan menggunakan pengadun elektrik yang boleh di pegang dengan tangan).
  2. Masukkan dan kacaukan susu, krim berganda, dan rum dan / atau bourbon. Anda juga boleh menambah sedikit buah pala parut, jika anda suka.
  3. Tuangkan adunan ke dalam dua botol bersaiz 750 ml/ 1½ pain yang mempunyai penyumbat dan simpan di dalam peti sejuk selama dua minggu. (Alkohol di dalam adunan ini akan menghalang mana-mana kerosakan pada telur atau krim.)
  4. Letakkan putih telur di dalam kotak dan bekukan sehingga telur nog sedia untuk dihidang.
  5. Apabila telah masak, nyahbekukan putih telur ke dalam mangkuk logam atau mangkuk kaca yang bersih. Menggunakan pengadun elektrik yang boleh dikendalikan dengan tangan, pukul putih telur sehingga ia berbuih dan legap. Tambahkan baki gula 50g dan pukul putih telur sehingga puncak buih terhasil apabila pemukul dikeluarkan daripada mangkuk.
  6. Tuangkan telur nog daripada botol ke dalam mangkuk besar dan gaulkan putih telur sehingga sebati. Senduk telur nog ke dalam gelas kaca dan hidangkan dengan sedikit buah pala yang diparut segar di atas setiap gelas.

[/vc_column_text][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][vc_column width=”1/6″ offset=”vc_hidden-sm vc_hidden-xs”][/vc_column][/vc_row]