Ayam Tikka Masala
June 19, 2017
Telur Nog
June 19, 2017
Ayam Tikka Masala
June 19, 2017
Telur Nog
June 19, 2017

Sup Kari Kubis Bunga

Picture by BBC

[vc_row][vc_column width=”1/6″ offset=”vc_hidden-sm vc_hidden-xs”][/vc_column][vc_column offset=”vc_col-lg-8 vc_col-md-8″][vc_column_text]

Hidangan hangat dan berempah yang lazat, lebih-lebih lagi dalam suasana yang damai, dan sup ini sangat mudah dan cepat untuk disediakan!

[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_column_text]Bahan-bahan:

  • 4 sudu besar minyak masak
  • 1 labu bawang besar, dicincang halus
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 600g kubis bunga, tangkai dikeluarkan, dicincang secara kasar
  • Susu 500ml
  • Stok sayur-sayuran 500ml
  • 1 sudu besar cuka wain putih
  • Secubir garam laut
  • 4 biji telur organik
  • 2 keping roti putih, dipotong dadu
  • Lada hitam yang dikisar
  • Jus lemon
  • 1 sudu besar ketumbar segar atau daun pasli yang dicincang, sebagai hiasan

[/vc_column_text][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_column_text]Cara-cara

  1. Panaskan 1 sudu besar minyak masak di dalam kuali tumisan dengan api yang sederhana. Masukkan bawang dan goreng selama 1-2 minit, atau sehingga bawang menjadi layu. Masukkan serbuk kari dan masak selama satu minit, kemudian tambah kubis bunga dan kacau selama 2-3 minit.
  2. Tuangkan susu dan stok sayur-sayuran sehingga mendidih, kemudian kurangkan haba sehingga sup menggelegak dan reneh perlahan-lahan selama 12-15 minit, atau sehingga kubis bunga menjadi lembut..
  3. Sementara itu, rebus telur. Sediakan semangkuk air berisi ais. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan cuka dan sedikit garam, kemudian kurangkan haba sehingga air menggelegak.
  4. Pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk kecil. Pukul air untuk menghasilkan pusaran air, kemudian masukkan telur ke dalam pusaran tersebut. Renehkan selama 1-1½ minit, kemudian keluarkan telur rebus tersebut daripada periuk dan pindahkan ke dalam ais.
  5. Ulang proses merebus telur untuk telur-telur yang selebihnya. Pastikan telur kekal sejuk di dalam air yang diletakkan di dalam peti sejuk, sehingga digunakan.
  6. Panaskan 2 sudu besar minyak biji sesawi dalam kuali yang berasingan dengan api sederhana. Goreng kiub roti pada semua permukaan sehingga perang keemasan secara rata, kemudian letakkan roti di atas tisu dapur untuk mengeringkan lebihan minyak.
  7. Apabila sup telah siap, sejukkan sup, kemudian kisar sup sehingga menjadi puri yang halus menggunakan mesin pengisar. Masukkan semula sup ke dalam periuk, tambahkan perisa secukup rasa, dengan garam dan lada hitam yang dikisar, kemudian perahkan jus lemon.
  8. Apabila telah masak dan siap untuk dihidang, didihkan air, kemudian alihkan air dari api dan masukkan sekaligus kesemua telur yang telah direbus secara perlahan-lahan untuk dipanaskan semula selama 30-60 saat atau sehingga telur dipanaskan semula secara sekata.
  9. Hidangkan sup dalam mangkuk dan hiaskan setiap mangkuk dengan telur rebus, taburkan kruton dan herba, dan minyak biji sawi.

[/vc_column_text][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][vc_column width=”1/6″ offset=”vc_hidden-sm vc_hidden-xs”][/vc_column][/vc_row]