Pada tahun 2016, En Azmi Zainal selaku rakan kongsi telah memulakan program Home Dealers Malaysia untuk melahirkan usahawan baharu dan membantu syarikat meluaskan pengedaran susu Farm Fresh di seluruh Malaysia.


Pada permulaannya, hasrat beliau adalah hanya untuk membantu keluarga rapat dan sahabat terdekat. Tanpa beliau sangka, program ini telah berkembang kepada 46 stokis, 900 Home Dealer dan 1,772 Ejen dan telah menyumbangkan 29% daripada hasil pendapatan syarikat setakat 31 Mac 2022.
80% daripada keseluruhan home dealer kami adalah wanita, terutamanya suri rumah. Farm Fresh ingin mencari lebih ramai lagi usahawan yang mempunyai semangat dan minat untuk menjana pendapatan dengan menjual kebaikan nutrisi susu kepada rakyat Malaysia. Anda berminat untuk menjadi salah seorang daripada kami? Sertai program Home Dealer kami sekarang!

Azmi Zainal,
Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh
