Farm Fresh Berhad telah menyumbang sejumlah RM500,000 kepada Yayasan Didik Negara (YDN) untuk diagihkan terutamanya kepada murid-murid yang terkesan kerana kehilangan ibu bapa akibat pandemik Covid-19. Orang ramai dan badan korporat juga diseru untuk turut sama memberikan sumbangan bagi membantu pendidikan anak-anak ini


Semenjak Covid-19 melanda negara seramai 5,173 murid-murid terkesan dan bilangan ini dijangka bertambah setiap hari. Kempen kutipan sumbangan Tabung Didik Kasih Anak Yatim Farm Fresh ini akan berlangsung secara berterusan dan menyasarkan kutipan berjumlah RM3 juta.
Hulurkan sumbangan, ringankan beban mereka, kongsi rezeki anda dengan menyumbang kepada Tabung Didik Kasih Anak Yatim Farm Fresh seperti yang tertera di bawah:

Selepas negara memasuki fasa endemik, banyak pihak memberi tumpuan untuk memulihkan sektor ekonomi negara namun ramai yang terlupa atau terlepas pandang mengenai nasib dan masa depan anak-anak malang ini. Justeru kami dari Farm Fresh mahu mengajak rakyat Malaysia sama ada individu mahupun pihak korporat yang pemurah sama-sama berkongsi rezeki menyumbang dalam tabung ini untuk diagihkan kepada anak-anak yatim yang terlibat,
Azmi Zainal,
Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh
