Impian Pengasas Kami

Sejak kecil lagi dan sewaktu membesar di sebuah bandar kecil di Perak, Loi Tuan Ee mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang pertanian dan alam sekitar.

Menyedari bahawa banyak produk tenusu di Malaysia yang diperbuat daripada susu yang dihasilkan semula atau tepung, beliau mengambil keputusan untuk membeli sebidang tanah kecil di Johor dan mengimport 60 ekor lembu Holstein Jersey dari Australia, dan seterusnya menubuhkan The Holstein Milk Company.

Impian beliau? Menghasilkan tenusu yang segar dan asli secara semula jadi.

MEMBINA SEBUAH LEGASI

Pada mulanya, beliau mendapatiagak sukar untuk mendapatkan perhatian pelanggan. Lagipun, siapa yang mempercayai jenama tenusu buatan Malaysia? Tetapi, sebuah peruncit utama telah memberikan kepercayaan kepada Farm Fresh.

Akhirnya, impian Loi menjadi kenyataan.

collage-3

Melangkah ke hadapan

Farm Fresh telah berkembang dengan pantas dan melangkaui jangkaan serta imaginasi Loi. Bagi membantu mengembangkan operasi syarikat, beliau telah mendapatkan bantuan rakan lamanya Azmi Zainal sebagai rakan kongsi dan membawa masuk Khazanah Nasional, agensi pelaburan strategik Kerajaan Malaysia, sebagai pelabur dalam syarikat ini. Kerjasama ini telah menyediakan sebuah asas yang kukuh bagi mencetuskan kejayaan syarikat yang seterusnya.

a-and-k

Semua orang dapat

merasai keistimewaannya…

Maklumat mengenai produk semula jadi Farm Fresh kemudiannya tersebar, dan tidak lama kemudian, susu segar dan produk yogurt kami boleh didapati di pasar raya dan pasar raya besar di seluruh Malaysia.

Lebih banyak ladang,

lebih banyak kesegaran…

Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap tenusu unik segar beliau, Encik Loi telah mengembangkan operasinya, berpindah ke plot tanah yang lebih besar di Mawai, Johor, dan menubuhkan sebuah ladang kedua di Muadzam Shah, Pahang.

Bermula dengan hanya 60 ekor lembu, kawanan lembu yang dimiliki Loi kini berjumlah 3500 ekor dan berada di kelas kedua kemudahan yang bertaraf dunia.

Susu segar Nombor 1

di Malaysia, Kegemaran Semua

Hanya 6 tahun selepas penubuhannya, Farm Fresh kini menghasilkan susu segar yang paling mendapat sambutan di Malaysia, manakala produk yogurt dan minuman yogurtnya juga menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang lazat berkrim dan dihasilkan oleh jenama tempatan.