Kesegaran
Sebenar

Sejak Farm Fresh ditubuhkan pada tahun 2009, kami telah mendapat pelbagai maklum balas daripada pelanggan-pelanggan kami tentang kesegaran susu yang telah mereka nikmati. Berikut adalah beberapa contoh maklum balas yang telah kami terima….

Anda katakan bahawa susu anda benar-benar segar. Apakah yang anda maksudkan?

Apa yang kami maksudkan adalah kualiti susu kami benar-benar segar dan dihasilkan secara semula jadi.

Susu kami dihasilkan di ladang dan tersedia untuk dijual hanya dalam masa 48 jam, bermakna sebaik sahaja diperah, susu tersebut disejukkan dan sedia untuk dihantar ke kilang pemprosesan kami. Di sana, susu tersebut kemudiannya di pasteur dan dibotolkan dengan segera dan seterusnya dihantar kepada peruncit tempatan.

Kami boleh memberi jaminan bahawa dalam tempoh 2 hari selepas susu diperah, susu Farm Fresh sedia untuk dipasarkan di atas rak pasar raya berhampiran anda.

Untuk menonton proses penghasilan susu segar kami, tonton video ini!

Jenama lain turut mendakwa bahawa produk mereka juga segar…

Tetapi adakah produk mereka benar-benar segar? Kebanyakan susu import yang terdapat di pasar raya di seluruh Malaysia berasal dari Australia atau New Zealand, dan telah melalui perjalanan yang jauh sebelum tiba di pasaraya anda. Setelah diproses, susu kemudiannya diangkut melalui jalan darat ke pelabuhan, dan kemudian dihantar ke Malaysia melalui jalan laut dan memakan masa sekurang-kurangnya 3 minggu. Selepas tiba, susu tersebut perlu melalui pemeriksaan kastam, diangkut ke kilang pemprosesan, diproses sekali lagi dan barulah dihantar kepada peruncit tempatan anda. Ia merupakan satu perjalanan yang panjang dan tentu sekali susu tersebut tidak lagi “segar”, dan tambahan pula, susu yang diimport selalunya dibekukan semasa proses penghantaran, ini sekaligus menjejaskan kualiti susu tersebut.

Di Farm Fresh, kami mengambil pendekatan yang lebih baik. Kami tidak mengimport susu dari Australia, sebaliknya kami telah mengimport lembu Australia! Langkah ini berjaya menjimatkan perjalanan susu dari 2 minggu kapada hanya 2 hari, dan memastikan bahawa susu berada pada tahap kesegaran yang terbaik. Selain itu, dengan membeli Farm Fresh, anda turut menyumbang dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Sungguh menarik. Berikan saya satu lagi sebab mengapa saya perlu memilih Farm Fresh.

Sudah tentu sekali! Sila perhatikan bahan-bahan yang digunakan oleh jenama susu lain di pasaran. Anda akan dapati bahawa banyak jenama yang menggunakan “pepejal susu” (juga dikenali sebagai “susu tepung” atau “perpejal susu”). Bertentangan dengan apa yang anda mungkin fikirkan, ini tidak bermakna bahawa susu tersebut adalah lebih “kaw” atau mengandungi lebih banyak manfaat nutrisinya. Sebaliknya, ia bermakna tenusu yang anda gunakan telah dinyahhidratkan, ditukar menjadi serbuk, dibawa ke Malaysia, dan kemudian dibancuh semula. Sungguh mengecewakan!

Keistimewaan kami adalah jelas dan boleh dirasai, termasuklah oleh anak-anak anda!

Bagaimanakah anda boleh mengesahkan apa yang anda katakan ini?

Lihat sahaja label. Susu kami diperbuat daripada ‘100% susu lembu segar “. Susu yang dibuat daripada pepejal susu pula akan menyatakan bahawa terdapat “susu tepung” atau “perpejal susu” dalam senarai bahan yang digunakan. Dari sudut pemakanan, kedua-duanya mengandungi khasiat yang hampir sama.

OK … Jadi apa yang membuatkan susu tempatan yang dihasilkan oleh Farm Fresh benar-benar berkhasiat*?

Bahan-bahan berikut yang tiada di dalam susu kami:

Bahan pengawet tidak digunakan dalam penghasilan susu kami kerana susu kami dihasilkan di ladang tempatan.

Tiada hormon pertumbuhan – Hormon Pertumbuhan Rekombinan Bovine (rBGH) adalah hormon tiruan yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik dan digunakan oleh banyak pengeluar tenusu bagi memastikan lembu menghasilkan lebih banyak susu, dan kini penggunaannya dibenarkan di Amerika Syarikat. Selain meningkatkan saiz lembu yang menghasilkan susu, rBGH juga telah dikaitkan dengan pelbagai jenis tumor dan kanser. Kami tidak menggunakan rBGH atau sebarang hormon pertumbuhan lain di dalam operasi kami.

Apa yang disediakan adalah susu yang sangat baik untuk anda. Anda fikir anda sudah tahu semua faedah pemakanan yang ada pada susu? Sertai cabaran pemakanan ini!

Bagaimana pula dengan tahap kesihatan lembu lembu anda?

Lembu-lembu kami, yang diberikan panggilan hormat “our ladies”, diberikan penjagaan yang sebaiknya, berkeliaran bebas dan menikmati rumput segar yang berprotein tinggi di padang hijau kami. Selain itu, kami juga menyediakan dedak padi dan kernel sawit untuk memenuhi keperluan pemakanan nutrisi mereka.

Mereka menghilangkan dahaga dengan menikmati air mata air semula jadi di tanah tinggi yang berdekatan. Kualiti nutrisi pemakanan lembu kami mempengaruhi kualiti tenusu kami, dan seterusnya kesihatan para pelanggan.

Dari padang ke kandang, para pengembala kami benar-benar memahami keseluruhan ekosistem bagi menghasilkan susu yang paling lazat, berkrim, berkhasiat dan paling segar untuk memberi manfaat kepada kesihatan manusia.

Jika anda tertanya-tanya apakah rasanya menjadi seekor lembu Farm Fresh, video ini mungkin membantu!

Semua penjelasan yang diberikan setakat ini adalah baik dan jelas, tetapi bagaimana pula dengan kitar semula? Bukankah produk anda menggunakan pembungkusan plastik yang tidak boleh dikitar semula?

Sebenarnya, pembungkus yang kami gunakan boleh dikitar semula! Pembungkusan Polietilena Ketumpatan Tinggi (HDPE) yang digunakan pada semua produk kami boleh dikitar semula dengan mudah kerana ia hanya terdiri daripada plastik dan tidak perlu diasingkan sebelum dikitar semula. Pembungkusan berasaskan kertas (turut dikenali sebagai Gable Top Cartons), sebaliknya, mengandungi dua lapisan polietilena ketumpatan rendah yang perlu dipisahkan daripada kertas sebelum dikitar semula, sekaligus membuatkan proses kitar semula lebih sukar. Teruja bukan? Berikut adalah video pendek untuk membantu menerangkan proses tersebut.

Selain itu, apabila anda menggunakan produk tempatan, secara langsung ada membantu memelihara alam sekitar.