Tenusu yang segar dan semulajadi

Anda boleh label kami sebagai kuno, tetapi kami percaya bahawa tenusu yang terbaik datangnya daripada susu yang segar, diperah daripada lembu yang sihat di sebuah ladang yang indah dan menenangkan dengan padang rumput yang menghijau, dan tidak tercemar dari bahan pengawet dan bahan-bahan pencemar yang lain.

Tenusu hebat bermula dengan padang rumput yang hebat!

Kesemua lembu Australian Holstein Jersey kami memakan rumput yang ditanam di ladang kami, bagi memastikan pemakanan semula jadi yang sihat dan berkhasiat. 

Lembu yang sihat menghasilkan susu yang lazat

Kami bekerja lebih masa untuk memberikan lembu-lembu kami, yang kami gelarkan sebagai ‘ladies’, pengalaman di ladang yang terbaik. Kesemua lembu kami diberi perhatian dan penjagaan yang rapi pada setiap hari, perlindungan yang mencukupi pada waktu malam dan sesekali mereka diberikan rawatan istimewa, seperti perkhidmatan pedicure secara percuma!

Perahan harian pada jam 5 pagi & 5 petang

Mengambil kira masa yang terbaik untuk melakukan pemerahan dan bagi memastikan anda mendapat susu segar yang lazat, lembu-lembu kami diperah setiap pagi pada pukul 5 pagi dan di waktu petang pada pukul 5 petang.

Dibawah 4°C

Tenusu segar merupakan produk sensitif yang bertindak balas dengan cepat terhadap perubahan suhu, jadi kami pastikan susu kami disimpan di bawah 4° C pada setiap masa bermula dari saat ia diperah.

Keselamatan diutamakan

Aspek keselamatan adalah amat penting dalam keseluruhan proses. Kami mempasteur susu kami bagi memusnahkan patogen yang boleh mencemarkan susu.  

Sedap dan berkhasiat

Bagi memastikan tenusu yang kami hasilkan mempunyai rasa yang terbaik, setiap titik diuji untuk mengenalpasti komposisinya. Tahap protein yang tinggi bermakna tenusu yang dihasilkan adalah lazat dan berkhasiat

Dari ladang ke pasaraya dalam tempoh 48 jam

Kami berusaha untuk menyediakan anda dengan tenusu kami dalam keadaan yang paling segar dan semula jadi. Untuk mengekalkan kesegaran produk, semua tenusu dibotolkan dan dihantar ke pasaraya tempatan anda dalam masa 48 jam selepas susu diperah, dan sedia untuk digunakan.

Ia menghasilkan
satu perbezaan.
Perbezaan yang
boleh anda rasai.