Generasi
Farm Fresh™

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan bahawa bayi harus diberi susu ibu secara eksklusif sehingga umur mereka mencapai usia 6 bulan, dan kemudiannya diberikan susu ibu serta makanan pelengkap sehingga berumur 2 tahun. Daripada usia 2 tahun dan seterusnya, apabila anak anda dibenarkan untuk mengambil susu lain, adalah penting bagi anda untuk mengekalkan perkembangan anak anda yang sihat.

Di sinilah anda perlu mempertimbangkan untuk menggunakan susu Farm Fresh. Berbanding susu formula, susu Farm Fresh adalah pilihan yang lebih sihat dan menjimatkan kos bagi pertumbuhan berterusan anak-anak anda. Dan semuanya bermula dengan pemakanan yang baik dan segar.

Mengapa memilih susu segar berbanding susu formula untuk kanak-kanak?

tick• Mudah dihadam – susu segar mengandungi lebih banyak protein wei, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam berbanding susu formula. Ucapkan selamat tinggal kepada isu-isu sembelit!

tick• Tiada gula tersembunyi – anda mungkin tidak sedar bahawa banyak bahan-bahan yang terkandung dalam susu formula sebenarnya adalah gula yang dinyatakan di bawah nama yang berbeza. Maltodextrin, sebagai contoh, adalah bahan tambahan makanan yang sering digunakan dalam kombinasi dengan pemanis. Di samping itu, semua bahan tambahan yang berakhir dengan “-ose”, seperti fruktosa, maltosa, dextrose, sukrosa dan laktosa, sebenarnya adalah nama-nama lain bagi gula.

Memikirkan bahawa anak anda memakan bahan-bahan yang kita sendiri tidak faham sepenuhnya merupakan sesuatu yang menakutkan, tetapi ia bukanlah satu kebimbangan yang paling besar. Apa yang lebih menakutkan, kanak-kanak yang mula mengambil sejumlah besar gula dari usia muda boleh menjadi terlalu bergantung kepada gula, dan sekaligus menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius di kemudian hari.

Di Farm Fresh, kami amat menggalakkan ibu bapa untuk memilih produk semula jadi dan segar, dan menghentikan anak anda daripada mengambil gula dalam jumlah yang banyak sejak dari usia yang muda.

Bolehkah anak saya merasai perbezaannya?

Kanak-kanak mempunyai deria rasa yang sangat tajam, dan mereka boleh membezakan susu segar yang asli dengan mudah berbanding susu jenis lain. Tetapi apa yang paling penting adalah anda memberikan anak anda dengan perbezaan dan pilihan yang lebih sihat.

Jadi, adakah kesemua susu yang ada di rak peti sejuk benar-benar segar?

Masalahnya, tidak ramai yang sedar bahawa 90% daripada produk tenusu yang terdapat di rak diperbuat daripada susu yang dibancuh semula atau ‘susu tepung’. Mungkin ada yang mendakwa bahawa mereka adalah susu segar walaupun mereka menggunakan pelbagai bahan tambahan untuk memanjangkan tempoh ‘kesegaran’ itu.

Pelanggan kami yang berpuas hati……